GW20

Selamat datang ke Forum G20. Sekiranya anda masih belum mendaftar, sila daftar dahulu. Admin akan mengaktifkan akaun anda dalam masa yang terdekat. Selamat berforum. terima kasih.

Join the forum, it's quick and easy

GW20

Selamat datang ke Forum G20. Sekiranya anda masih belum mendaftar, sila daftar dahulu. Admin akan mengaktifkan akaun anda dalam masa yang terdekat. Selamat berforum. terima kasih.

GW20

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

A Group of Goldwing Community


4 posters

    keratan akbar bagi yg nak baca

    nasa
    nasa


    Posts : 103
    Join date : 2009-07-01
    Age : 27
    Location : BSP, Bangi

    keratan akbar bagi yg nak baca Empty keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  nasa Mon Aug 17, 2009 2:53 pm

    BERITA HARIAN 6 Ogos 2009
    cerita tentang berita-berita semasa dan terkini..


    Konvoi motosikal berkuasa besar suka tunjuk lagak


    SURAT 'Pengguna lebuh raya' dari Kuala Lumpur dalam ruangan ini kelmarin, menarik perhatian saya untuk menulis pengalaman saya membabitkan konvoi motosikal kuasa besar. Kejadian yang saya alami ini pula berlaku di bandar Kuantan. Seperti dinyatakan pengadu, saya bangga apabila terlihat konvoi motosikal berkuasa besar yang disertai anak-anak muda kita.

    Malangnya, pengalaman pahit menyebabkan saya kecewa dengan sikap mereka. Kejadian berlaku di sebuah persimpangan berlampu isyarat di simpang tiga di bandar Kuantan. Konvoi berkenaan datang dari jalan arah bertentangan. Ketika itu lampu isyarat laluan saya menunjukkan warna merah, dan ketika lampu hijau menyala saya pun mula bergerak untuk membelok ke kanan, tiba-tiba salah seorang ahli konvoi berhenti di hadapan saya dengan niat menghentikan perjalanan kenderaan saya dan membenarkan ahli konvoi itu meneruskan perjalanan.

    Apa yang dimusykilkan ialah, adakah mereka berhak untuk menahan kenderaan saya ketika itu berada di dalam kotak kuning dan ia giliran kenderaan saya untuk bergerak. Lainlah jika yang menahan lalu lintas polis.

    Diharap pihak polis memantau kegiatan mereka yang tidak bersopan dan tidak bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya.

    SKY,
    Kuantan,
    Pahang.
    --------------------------------------------------------------------------------


    BERITA HARIAN 5 Ogos 2009


    Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'



    MINGGU lalu, saya menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan ke Pulau Pinang bersama isteri. Kenderaan yang menuju ke utara tidaklah banyak di jalan raya. Dalam perjalanan itu, saya terserempak dengan kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi memecut di laluan laju.

    Kagum rasanya melihat anak muda Malaysia memiliki motosikal berkuasa besar, namun ia bertukar menjadi marah, terkejut serta benci melihat betapa egonya segelintir penunggang motosikal berkenaan.

    Ini berlaku apabila saya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan membabitkan kumpulan berkenaan yang menjadi 'raja' di lebuh raya. Ketika itu saya memotong kenderaan di hadapan kerana pemandunya memperlahankan kenderaan. Saya memberi isyarat ke kanan untuk memotong kereta di hadapan memandangkan saya mempunyai peluang yang luas dan jarak selamat untuk membuat sedemikian.



    Alangkah terkejutnya, tiba-tiba sebuah motosikal berkuasa tinggi memotong di sebelah kanan kenderaan saya sedangkan saya berada di laluan laju, sambil menunjukkan isyarat jari kepada saya.

    Justeru, dalam hati tertanya-tanya, adakah saya membuat kesalahan. Kemudian dengan jarak selamat, saya memasuki laluan tengah semula. Di situlah, kesabaran saya diduga apabila penunggang berkenaan berkali-kali menunjukkan isyarat jari kepada saya, ibarat memberi amaran seolah-olah saya menghalang laluan mereka. Musykil juga adakah saya menyebabkan gangguan kepada mereka yang hanya menumpang menggunakan lebuh raya kerana menggunakannya secara percuma berbanding saya dan pemilik kenderaan lain yang terpaksa membayar untuk menggunakannya.

    Mungkin, ini kes terpencil, namun persoalan timbul, tindakan segelintir ahli kumpulan berkenaan seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai kuasa untuk menghalang kenderaan lain memotong mereka di laluan laju. Lebuh raya adalah hak bersama, jadi gunakanlah sebaik mungkin termasuk menghormati mereka yang menggunakannya.


    PENGGUNA LEBUH RAYA,
    Kuala Lumpur.
    --------------------------------------------------------------------------------



    http://bharian.com.my/Current_News/BH/S ... 8/Article/

    Konvoi motosikal bukan berlagak

    POLEMIK mengenai tingkah laku penunggang motosikal berkuasa tinggi mendapat maklum balas di ruangan ini melalui surat 'Pengguna Lebuh Raya (Kuala Lumpur) dan SKY (Kuantan, Pahang)' di dalam ruangan ini yang turut mendakwa konvoi motosikal berkuasa besar suka tunjuk lagak.

    Sebagai seorang penunggang motosikal berkuasa besar dan juga orang kuat Lanun Bikerz dan mewakili semua kelab motorsikal berkuasa tinggi ingin menegaskan bukan semua konvoi atau penunggang motosikal besar ini berlagak. Saya perlu tegaskan di sini ialah kebanyakan penunggang ini bergerak dalam kumpulan dan aktiviti mereka bukanlah setiap hari.

    Bila bergerak dalam kumpulan, ia memerlukan penjagaan dan kawalan untuk tidak membahayakan anggota konvoi dan pengguna jalan raya lain. Pengadu mungkin tidak faham sepenuhnya keadaan itu dan terus menuduh anggota konvoi berlagak dan sebagainya. Kalau kita nak berlagak pun memang boleh sebab kita juga bayar cukai jalan yang lebih mahal sekitar RM350 setahun dan insurans kita lebih mahal dan motosikal besar ini lebih mahal daripada kereta.

    Kebanyakan motosikal besar ini berharga RM50,000 ke atas dan ada yang sampai RM180,000 sebuah. Tetapi itu bukan 'bikerz', kita bukan berlagak atau sombong tidak tentu, yang penting ialah keselamatan kita bersama. Pengguna lebuh raya juga ada menuduh motosikal besar menggunakan lebuh raya percuma jadi tiada hak atau keutamaan, itu tentulah kenyataan yang tidak matang.

    Berbalik kepada keadaan di jalan raya, saya selalu perhatikan sikap pemandu kereta yang menukar laluan sesuka hati, asal bila lapang saja di depan terus memotong. Kita yang datang dari belakang dengan laju, kalau sempat membrek, selamatlah, kalau tidak, berdentumlah. Pemandu kereta bukan nak takut dan risau, bukan nak jadi apa pun, kereta saja kemek, kami bikerz ini juga yang kemek kepala dan badan.

    Setia kawan bikerz ini memang kuat dan kami selalu berbincang masalah yang dihadapi ketika di jalan dan lebuh raya. Bila kami minta laluan sekali sekala bila berkonvoi, terus menuduh sombong. Kami bikerz hanya berdoa agar kami dilihat oleh pemandu kenderaan lain yang lebih besar sebab kalau kami tunggang dengan cermat mana pun, sekali kenderaan nak buat hal, kami juga yang teruk.

    Jadi, berhati-hatilah kalau membuat dakwaan. Saya juga pemandu kereta dan selalu memberi ruang kepada konvoi motosikal, motosikal kecil dan kenderaan lain. Seharusnya kita bertimbang rasa di jalan raya. Bukan benci membenci. Keselamatan perlu diutamakan.

    ANUAR MANJALARA,
    Ketua Setiausaha Lanun Bikerz.
    Pak lang
    Pak lang


    Posts : 134
    Join date : 2009-05-13
    Age : 62

    keratan akbar bagi yg nak baca Empty Re: keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  Pak lang Mon Aug 17, 2009 5:34 pm

    Terima kasih Nasa keran berkongsi maklumat.....Member G20 sila ambil perhatian terhadap aduan2 tersebut. kalau boleh kita cuba elakkan perkara tersebut berlaku semasa kita berkonvoi.
    avatar
    arran


    Posts : 7
    Join date : 2009-07-17
    Age : 70
    Location : Klang.Selangor.

    keratan akbar bagi yg nak baca Empty Re: keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  arran Tue Aug 18, 2009 11:03 am

    Terima kasih Nasa atas maklumat yg diberi dan InshaAllah kita akan buat yang terbaik demi nama baik G20.

    Rasid Gw Klang.
    nasa
    nasa


    Posts : 103
    Join date : 2009-07-01
    Age : 27
    Location : BSP, Bangi

    keratan akbar bagi yg nak baca Empty Re: keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  nasa Tue Aug 18, 2009 11:05 am

    Arran la pulak.... wowwwwwwwwww
    avatar
    arran


    Posts : 7
    Join date : 2009-07-17
    Age : 70
    Location : Klang.Selangor.

    keratan akbar bagi yg nak baca Empty Re: keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  arran Tue Aug 18, 2009 11:25 am

    Nasa tu nama gelemor, maaf.
    zoomwinger
    zoomwinger


    Posts : 44
    Join date : 2009-08-05
    Age : 44
    Location : Pahang

    keratan akbar bagi yg nak baca Empty Re: keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  zoomwinger Wed Aug 19, 2009 4:21 am

    ok kemungkinan dr Kuantan adalah dr group n kelab saya,cuba bro semua fikirkan jikalau semasa kami lampu hijau memanglah kami jalan tetapi kami group lebih dari 50buah motorsikal,apabila lampu bertukar menjadi merah sudah tentu marshall akan memblock kereta untuk jalan bagi konvoi tidak putus..tul tak saya rasa semua marshall akan berbuat sedemikian bagi semua peserta tidak akan tertinggal..lagi satu konvoi kami selalunya akan di escort oleh PDRM n dibantu oleh marshall kami..lastly our konvoi selalunye akan di maklumkan kpd pihak Polis tentang laluan yg kami lalui..sepucuk surat akan diberikan kpd IPD dan akan direply baru kami teruskan konvoi..sekian affraid
    zoomwinger
    zoomwinger


    Posts : 44
    Join date : 2009-08-05
    Age : 44
    Location : Pahang

    keratan akbar bagi yg nak baca Empty Re: keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  zoomwinger Wed Aug 19, 2009 4:22 am

    jikalau ada salah dan silap ttg kenyataan saya minta tolong diperbetulkan..

    Sponsored content


    keratan akbar bagi yg nak baca Empty Re: keratan akbar bagi yg nak baca

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu May 16, 2024 4:40 pm